Tuesday, April 26, 2011

Marang kerapu kepunden marang sekeper

      Aku bukan tak nak update blog, tapi aku sedaya upaya cuba elakkan dari blog ni jadi macam public diary. At one time aku rasa aku ada entri baru. Tapi bila aku dah taip, taip dan taip, baru aku perasan, it's a kinda like diary thingy.


      Kalau korang tengok pun, blog ni masih takde ape sangat. Kata orang, masih hijau atau masih muda sangat. Tak macam blog lama aku yang dah berumur 2,3 tahun. Itu pun dari awal tak ikut sangat etika ber-blog. Aku jugak dah decide untuk tukar layout kepada warna putih. Macam roommate aku cakap, "aku tak nak lagi jadi hitam, aku nak jadi putih yang suci dan menyucikan." :P






      Untuk blog ni memang aku cadang nak start dari bawah balik, tujuan aku bukan nak kaut beribu-ribu followers macam blog HS, atau blog TTGB. Aku cuma seorang aku yang nak luah idea-idea kokak aku ni ha dekat blog. Peace all..


Oh ye.. Banner tu inspired dari blog HS.. 
Lukis sendiri pakai paint oke?^^

Sunday, April 10, 2011

Untuk Peach

       Beberapa hari lepas, arnab housemate aku mati. Mungkin sama sebab dengan bila hamster aku mati dulu : tuan dia (aku) tak ingat dah tak ingat kat dia sebab sibuk.  Aku kerja, jadi aku jarang-jarang dapat main dengan hamster aku dan layan dia. Aku pun gatal gak, dah tau sibuk kerja, pergi beli hamster pulak.  Janganlah cakap dia kecik so dia tak perlu dilayan. Setiap makhluk yang hidup, kalau masih ada yang ingat padanya, akan ada lebih sebab untuk terus hidup.


      Termasuklah mak bapak kita. Kalau kita sebagai anak-anak masih ingat kat diorang, diorang akan rasa lebih dihargai dan punya lebih sebab untuk teruskan kehidupan dan lebih bersemangat. Jangan sampai jadi macam ni,




baru nak menyesal. Aku pun dapat nasihat ni dari 'jantung aku' dan aku sampaikan atas tujuan untuk mengingatkan diri sendiri jugak. Entri dari blog terfaktab ni yang meng-inspire aku untuk post entri ni. Sila-silakan diri klik link ke blog tu.