Friday, August 5, 2011

Hari 5 : Aku, dua tahun yang lalu

dua tahun lepas, inilah aku. peace!

Gambar ni ambil dekat Big Apple, Batu Pahat Mall. Masa ni aku lepak dengan kawan aku yang baru sampai dari Kemaman. Masa tu aku baru balik dari opis, baru habis kerja. Tu yang masih lengkap beruniform tu. :D

Thursday, August 4, 2011

Hari 4 : Gambar terchantek bff saya!


Gambar terbaik, terchantek 
dan ter-paling menarik milik bestfriend aku, 
ada dalam hati aku sendiri. 

Gambar yang mencorakkan 
bagaimana indahnya persahabatan aku 
dengan kawan-kawan yang aku sayang, 
semuanya ada dalam hati ni. 
Tanya sama hati, apa asal sayang. :)




Wednesday, August 3, 2011

Hari 3 : Idea untuk 'perfect first date'

Perfect + First date.

Untuk aku sebagai seorang manusia normal yang ada pasangan kekasih yang duduk berdekatan, setiap hari aku jumpa si jantung hati tu. Biasanya kitorang berjumpa untuk keluar makan sama-sama (dah jadi rutin bagi aku).

 Definisi 'perfect first date' bagi aku ialah selepas :

saat ni
ini

yang ini


dan juga yang ni

Temujanji yang pertama selepas berlaku saat-saat seperti di atas, adalah temjanji pertama yang sempurna. Itu definisi aku. Ijab dan qabul saja yang dapat menyempurnakannya. :)

Tuesday, August 2, 2011

Hari 2 : Menu berbuka hari ni

ni bukan makanan berbuka :(
Hari kedua Ramadhan :

Hari ni aku tak lambat. Sempat pergi bazaar dekat Bukit Jelutong beli makanan ringan-ringan. Lepas tu sempat pulak patah balik berbuka kat kedai makan.

Aku cakap aku beli makanan ringan-ringan je untuk berbuka kan? So, yang berat kat atas ni bukan makanan berbuka. Yang ni second round, dekat pukul sebelas tadi aku makan kat rumah. (housemate aku masak)

Waktu aku berbuka tadi, minum air tembikai, cempedak goreng dengan putu mayam je. Si jantung hati pulak makan kuih cakoi. Ringan lah tu kann? Tapi lupa nak ambil gambar sebab sibuk bersembang dengan kawan-kawan time buka tadi. *sobbing* 

Itu saja berita untuk hari ni. :D

Monday, August 1, 2011

Hari 1 : Sekeping gambar dan cerita tentang hari ni.


Bleighhh... ugly.. Mengantuk mode..


Hari Pertama Ramadhan :

Aku tak tidur langsung lepas sahur. Kononnya tak mengantuk. Tapi menjelang pukul 3 setengah petang aku dah menguap sampai berjurai air mata. Sedar-sedar dah terbaring dan jam kat henfon aku dah pukul 6:13 petang. Terus aku mesej si jantung hati cakap maaf sebab aku baru bangun.

Memandangkan aku terlewat bangun, maka aku dapat pakej 'TERLEWAT' yang lengkap hari ni. Terlewat bersiap, terlewat pergi bazaar dan kesannya terlewat berbuka. Paling kasihan kat si jantung hati aku tu la.. *sadis sadis* Yes, padan muka aku kena marah dengan dia.


So, itulah dia hari pertama aku menyambut Ramadhan tahun ni. :D

Cabaran blogging 30 hari?

Housemate aku azrealiema ni ajak aku buat '30 days blogging challenge'. Siap ada senarai apa yang kena aku tulis tiap-tiap hari, selama 30 hari. Memang menarik. So sempena 1 Ramadhan ni, aku akan mulakan Cabaran Blogging 30 Hari aku. Adios.! :D

Monday, July 25, 2011

Kera dan bunga

Patutlah 
kera asyik minta 
bunga.

Rupa-rupanya 
dah ada pasu 
baru.

Hai lah kera
sedarlah diri tu buruk. 
Berapa 
banyak
yang kau nak ni??




kera tak sedar diri
<haha. sial lah puihh!>

Tuesday, June 21, 2011

forget it.

It is like a 

climax

          to a storyline.


One day
it goes up real fast.

and one day it goes 
way










                    down

and never goes up

again.




<life.love>




faceless


Sunday, June 12, 2011

once in a lifetime

Tiada 
perkara yang lebih menggembirakan 

seorang perempuan,
selain daripada 
dirisik oleh seorang insan yang 
paling 

dicintainya.




<semoga cinta ini kekal ke pintu jannah.>

Tuesday, April 26, 2011

Marang kerapu kepunden marang sekeper

      Aku bukan tak nak update blog, tapi aku sedaya upaya cuba elakkan dari blog ni jadi macam public diary. At one time aku rasa aku ada entri baru. Tapi bila aku dah taip, taip dan taip, baru aku perasan, it's a kinda like diary thingy.


      Kalau korang tengok pun, blog ni masih takde ape sangat. Kata orang, masih hijau atau masih muda sangat. Tak macam blog lama aku yang dah berumur 2,3 tahun. Itu pun dari awal tak ikut sangat etika ber-blog. Aku jugak dah decide untuk tukar layout kepada warna putih. Macam roommate aku cakap, "aku tak nak lagi jadi hitam, aku nak jadi putih yang suci dan menyucikan." :P






      Untuk blog ni memang aku cadang nak start dari bawah balik, tujuan aku bukan nak kaut beribu-ribu followers macam blog HS, atau blog TTGB. Aku cuma seorang aku yang nak luah idea-idea kokak aku ni ha dekat blog. Peace all..


Oh ye.. Banner tu inspired dari blog HS.. 
Lukis sendiri pakai paint oke?^^

Sunday, April 10, 2011

Untuk Peach

       Beberapa hari lepas, arnab housemate aku mati. Mungkin sama sebab dengan bila hamster aku mati dulu : tuan dia (aku) tak ingat dah tak ingat kat dia sebab sibuk.  Aku kerja, jadi aku jarang-jarang dapat main dengan hamster aku dan layan dia. Aku pun gatal gak, dah tau sibuk kerja, pergi beli hamster pulak.  Janganlah cakap dia kecik so dia tak perlu dilayan. Setiap makhluk yang hidup, kalau masih ada yang ingat padanya, akan ada lebih sebab untuk terus hidup.


      Termasuklah mak bapak kita. Kalau kita sebagai anak-anak masih ingat kat diorang, diorang akan rasa lebih dihargai dan punya lebih sebab untuk teruskan kehidupan dan lebih bersemangat. Jangan sampai jadi macam ni,




baru nak menyesal. Aku pun dapat nasihat ni dari 'jantung aku' dan aku sampaikan atas tujuan untuk mengingatkan diri sendiri jugak. Entri dari blog terfaktab ni yang meng-inspire aku untuk post entri ni. Sila-silakan diri klik link ke blog tu.


Monday, March 14, 2011

Terpaksa

Kita sakit kencing manis.
Doktor kata kita kena buang kaki kiri kita,
tapi kita sayang kaki kiri tu sangat-sangat.
doktor kata kita kena buang jugak,
sebab kaki kiri tu dah sakitkan kita


Nak tak nak kita pun buang sebab terpaksa,
tak nak kaki kiri tu sakitkan kita lagi..

Tuanku abdul Rahman
during Tanah Melayu, Singapura separation

Dekat tapi jauh

Love
makes me
the person i never thought i'll be


and sadly
it keeps on hurting me..


Saturday, February 26, 2011

Bila masa??

Bila masa aku paling comfy?
Bila aku merelakan diri digigit (kat tangan), sampai keluar parut halus, walau sakit aku tahan, 'jantung aku' kata best gigit aku


Bila masa aku paling tak malu?
Bila nak buka puasa duit tinggal lima puluh sen, tebalkan muka pinjam duit kat kawan yang langsung tak rapat, sebab 'jantung aku' lebih banyak berkorban untuk kami. (lalala jiwang)


Bila masa aku paling tak takut?
Bila aku berjalan dalam hujan, konon merajuk tapi memang merajuk pun, sorang-sorang, malam-malam, kau mampu?


Bila masa aku jadi burung hantu?
Bila aku nak kejutkan 'jantung aku' bangun dari tidur untuk ke tempat kerja, tak tidur takpe, asal 'jantung aku' tak terlepas pergi kerja


Bila masa aku jadi sewel?
Bila aku duduk di kerusi, di kedai makan, senyum lebar macam Pakcik Borhan dan dengar 'jantung aku' bercerita, hanyut dan aku terus hilang (gila jiwang aku ni).

Bila masa aku paling sempoi?
Bila 'jantung aku' tak ada duit. Dalam poket aku pun ada tiga ringgit empat puluh sen, kemudian ke kedai makan untuk minum teh beng belanja 'jantung aku'

Bila masa aku tak perlu perfume?
Bila aku peluk cium baju milik 'jantung aku' yang dah lebih sebulan tak basuh bila 'jantung aku' tak ada dan bila nak tidur, sikit lagi nak makan je baju tu sebab rindu sangat

Bila masa aku nekad tak toleh-toleh ke belakang?
Bila yang ada hanya duit bayar sewa, tapi sanggup men'delay'kan bayar sewa untuk gunakan duit demi memujuk 'jantung aku' di tempat yang berjarak lebih kurang 400km, tekad, cekal dan pasrah (Tuhan je tau apa aku fikir)



p/s : Jantung aku : bf  aku. ( kalau aku ni perempuan!)

Tuesday, February 22, 2011

Hoi lah hati!!


(i)
tak perlu sakiti diri sendiri
tak perlu mencari
yakin
dan pasti.
kalau boleh bahagia
biarlah seikhlasnya

jangan palsu semata


(ii)
cukup sekadar
aku tahu dia ada aku
dia tahu aku ada dia
kan sudah memadai.



(iii)
hoi tolol!
bila hati ada parasit
'chlororaguragunes'
_
_
_
_
_
_
kau akan mati
sumpah!

Saturday, February 19, 2011

Rapuan caca marba seorang aku


Semalam aku meracau
dalam tidur, dalam jaga
Resah
Kaku
Pilu


Aku buntu.
Apa yang kau tahu?


Sendiri sepak batu pun salahkan aku.
Apa yang kau tahu?




Tuesday, February 15, 2011

Hope

Aku tau.
Esok,





























akan lebih bersinar
aku tunggu..




Wednesday, February 2, 2011

Teori 001 : Paku dan bekasnya

Kalau orang buat salah kat aku
dan dia mintak maaf.
Aku maafkan je.
Besar macam mana pun silap,
aku akan maafkan.

Tapi aku ada jumpa satu konsep tentang 
maaf-memafi ni.
Aku jumpa dalam diri aku sendiri.
Bayangkan kalau korang ketuk paku kat dinding,
lepas tu korang cabut paku tu.
Ada lubang kan?
Paku tu memang boleh cabut tapi lubang takkan hilang.
Lagi dalam korang ketuk paku tu
lagi dalamlah bekasnya.

Konsep dia macam tu lah.
Setiap orang sama macam ni.
Cuma antara perasan atau tidak.
Nak kenal orang lain
kita kena kenal diri sendiri dulu...



Thursday, January 27, 2011

Tak perlu ada sebab, janji sedap

Ini bukan pertama kali aku berbelog.
Cuma kali ni aku nak rasa lain sikit.

Kalau dulu aku tulis apa aku buat,
apa aku suka,
apa aku nak beli,
dan apa yang macam-macam lagilah.

Kali ni aku tulis benda
yang aku nampak ikut minda,
dan berfikir melaluinya.

adala satu skala yang cukup tenang.
untuk membiarkan aku bernafas dan berinspirasi
tiap-tiap hari dengannya.


Wednesday, January 26, 2011

Hari sudah subuh.

Dari tadi aku tengok jam berdetik.
Aku tengok dari pukul tiga dua puluh lima sampai pukul enam.
Aku tengok, aku tengok dan aku tengok..
Baru aku perasan..
Dah dua jam tiga puluh lima minit aku tengok jam.



Tuesday, January 25, 2011

Mari minum coca cola!

      Bila jumpa orang baru, aku jadi diam...diam sangat. 
Padahal aku bukanlah macam tu pun. 
Mak kata aku ni bingit, 
itu bukti kukuh aku ni bukan pendiam.

Aku ni pemalu
Bukan Antisosial.
(korang boleh bercakap dengan aku, jangan risau..)

Friday, January 21, 2011

Sepak mula! : kickstart!

Hoi belog baru.........

p/s : Aku tak tau nak cakap apa. 
Nak tutup PC dan berguling-guling atas katil. 
Babai nenek hemsem..