Friday, August 5, 2011

Hari 5 : Aku, dua tahun yang lalu

dua tahun lepas, inilah aku. peace!

Gambar ni ambil dekat Big Apple, Batu Pahat Mall. Masa ni aku lepak dengan kawan aku yang baru sampai dari Kemaman. Masa tu aku baru balik dari opis, baru habis kerja. Tu yang masih lengkap beruniform tu. :D

Thursday, August 4, 2011

Hari 4 : Gambar terchantek bff saya!


Gambar terbaik, terchantek 
dan ter-paling menarik milik bestfriend aku, 
ada dalam hati aku sendiri. 

Gambar yang mencorakkan 
bagaimana indahnya persahabatan aku 
dengan kawan-kawan yang aku sayang, 
semuanya ada dalam hati ni. 
Tanya sama hati, apa asal sayang. :)




Wednesday, August 3, 2011

Hari 3 : Idea untuk 'perfect first date'

Perfect + First date.

Untuk aku sebagai seorang manusia normal yang ada pasangan kekasih yang duduk berdekatan, setiap hari aku jumpa si jantung hati tu. Biasanya kitorang berjumpa untuk keluar makan sama-sama (dah jadi rutin bagi aku).

 Definisi 'perfect first date' bagi aku ialah selepas :

saat ni
ini

yang ini


dan juga yang ni

Temujanji yang pertama selepas berlaku saat-saat seperti di atas, adalah temjanji pertama yang sempurna. Itu definisi aku. Ijab dan qabul saja yang dapat menyempurnakannya. :)

Tuesday, August 2, 2011

Hari 2 : Menu berbuka hari ni

ni bukan makanan berbuka :(
Hari kedua Ramadhan :

Hari ni aku tak lambat. Sempat pergi bazaar dekat Bukit Jelutong beli makanan ringan-ringan. Lepas tu sempat pulak patah balik berbuka kat kedai makan.

Aku cakap aku beli makanan ringan-ringan je untuk berbuka kan? So, yang berat kat atas ni bukan makanan berbuka. Yang ni second round, dekat pukul sebelas tadi aku makan kat rumah. (housemate aku masak)

Waktu aku berbuka tadi, minum air tembikai, cempedak goreng dengan putu mayam je. Si jantung hati pulak makan kuih cakoi. Ringan lah tu kann? Tapi lupa nak ambil gambar sebab sibuk bersembang dengan kawan-kawan time buka tadi. *sobbing* 

Itu saja berita untuk hari ni. :D

Monday, August 1, 2011

Hari 1 : Sekeping gambar dan cerita tentang hari ni.


Bleighhh... ugly.. Mengantuk mode..


Hari Pertama Ramadhan :

Aku tak tidur langsung lepas sahur. Kononnya tak mengantuk. Tapi menjelang pukul 3 setengah petang aku dah menguap sampai berjurai air mata. Sedar-sedar dah terbaring dan jam kat henfon aku dah pukul 6:13 petang. Terus aku mesej si jantung hati cakap maaf sebab aku baru bangun.

Memandangkan aku terlewat bangun, maka aku dapat pakej 'TERLEWAT' yang lengkap hari ni. Terlewat bersiap, terlewat pergi bazaar dan kesannya terlewat berbuka. Paling kasihan kat si jantung hati aku tu la.. *sadis sadis* Yes, padan muka aku kena marah dengan dia.


So, itulah dia hari pertama aku menyambut Ramadhan tahun ni. :D

Cabaran blogging 30 hari?

Housemate aku azrealiema ni ajak aku buat '30 days blogging challenge'. Siap ada senarai apa yang kena aku tulis tiap-tiap hari, selama 30 hari. Memang menarik. So sempena 1 Ramadhan ni, aku akan mulakan Cabaran Blogging 30 Hari aku. Adios.! :D